Rabu, Oktober 29, 2014

DUNIA ADA DI TANGAN TAPI TIDAK DI HATI

-= Zuhud =-

Bila sedang berpikir keras atau sedang merasakan sesuatu dihati yang amat serius… tanyakanlah pada diri:
Apakah semua ini akan menyelesaikan masalah atau malah menambah masalah?
Apakah Alloh ridho dengan pikiran, perasaan ini atau tidak?
Mudah-mudahan kita tidak terjebak, larut dan hanyut oleh pikiran dan perasaan yang merusak dan menjauhkan dari Alloh.
Bagi yang ingin di cintai Alloh, juga dicintai manusia inilah kuncinya.
Dari Abul ‘Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radhiallahu ‘anhu, ia berkata:
“Seorang laki-laki datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku dicintai Allah dan dicintai manusia’. Maka sabda beliau : ‘Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”.
(HR. Ibnu Majah no.4102)

وَقَالَ الَّذِي آَمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ (38) يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآَخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ (39)

“Orang yang beriman itu berkata: “Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39)
Zuhud kepada dunia: bukan berarti tak berharta, tapi sama sekali tak diperbudak dunia ini, ada ditangan namun tak ada di hati,

Lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Alloh daripada yang ada di genggamannya
Zuhud terhadap apa yang ada ditangan orang; sama sekali tak menginginkan , berharap dan bergantung kepada orang lain.

Ditulis oleh: KH. Abdullah Gymnastiar ( Aa Gym )
Beliau adalah pengasuh pondok pesantren Daarut Tauhiid Bandung – Jakarta.

Kredit: http://www.smstauhiid.com/dunia-ada-ditangan-tapi-tidak-dihati/

Jumaat, Oktober 10, 2014

Manusia Pertama Di Neraka

Abu Hurairoh ra meriwayatkan, bahwa ia pernah mendengar Rosululloh Saw bersabda,
‘’Manusia yang pertama diadili padahari Kiamat nanti adalah orang yang mati di medan jihad. Orang itu didatangkan di hadapan Alloh. Kemudian, ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya. Dan, ia mengakuinya.
Alloh bertanya kepadanya, ‘’Apa yang telah engkau lakukan di dunia?’’ Ia menjawab, ‘’Aku telah berperang membela agama-Mu.’’ Lalu, Allah berkata,
‘’Engkau berbohong. Engkau berperang agar orang-orang menyebutmu seorang pemberani.’’ Kemudian, Alloh memerintahkan agar amalnya dihitung di pengadilan-Nya. Akhirnya, orang itu dimasukkan ke neraka.

Kemudian, seorang penuntut ilmu sekaligus rajin membaca Al Quran, dihadapkan kepada Alloh. Lalu, ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya. Dan, ia mengakuinya. Alloh bertanya, ‘’Apa yang telah engkau lakukan di dunia?’’ Dia menjawab, ‘’Aku menuntut ilmu, mengamalkannya dan aku membaca Al Quran dengan mengharap ridho-Mu.’’
Alloh berkata kepadanya, ‘’Engkau berbohong. Engkau mencari ilmu supaya orang menyebut engkau sebagai seorang alim. Dan, engkau membaca Al Quran agar orang lain menyebutmu rajin membaca Al Quran.’’ Kemudian, Alloh memerintahkan agar amalnya dihitung di pengadilan-Nya. Akhirnya, orang itu dimasukkan ke neraka.

Selanjutnya, seorang kaya raya dan terkenal dermawan, dihadapkan kepada Alloh. Lalu, ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya. Dan, ia mengakuinya. Alloh bertanya, ‘’Apa yang telah engkau lakukan di dunia?’’ Ia menjawab, ‘’Semua harta yang aku miliki tidak aku sukai, kecuali aku sedekahkan karena-Mu.’’
Lalu, Alloh berkata, ‘’Engkau berbohong. Engkau melakukan itu agar orang-orang menyebut engkau sebagai dermawan dan murah hati.’’ Kemudian Alloh memerintahkan agar amalnya dihitung di pengadilan-Nya. Akhirnya, orang itu dimasukkan ke neraka.

Abu Hurairah berkata, ‘’Kemudian, Rosululloh menepuk pahaku dan berkata, ‘’Wahai Abu Hurairoh, mereka adalah manusia pertama yang merasakan panasnya api neraka Jahanam di hari kiamat nanti.’’

(Hadist Riwayat Muslim)

Rabu, Oktober 08, 2014

MENYESALI PERBUATAN DOSA

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya seorang hamba megerjakan suatu perbuatan dosa tetapi apabila ia ingat hal tersebut maka ia menyesal dan merasa sedih. Apabila Allah melihatnya benar-benar menyesal dan bersedih hati, maka Dia (Allah) mengampuni dosa yang diperbuatnya itu sebelum ia mengerjakan kifaratnya (tebusannya) tanpa dengan shalat dan pula tanpa shaum.

{HR.Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.}

Isnin, September 29, 2014

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan  Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah.  Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah  dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan  sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya  Hari Pembalasan.

Iblis

Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis  begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah  hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang  kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih  menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah  dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa  dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah),  mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak  terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang  diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima  ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu  menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan  iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan  terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka...  kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita

Dalam episod hidup, takdir datang  menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku  tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat?  Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi  walaupun telah berusaha?

Bila masalah melanda kita merasakan kitalah  yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut  berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita  tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat  berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji  dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus  seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita  yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit  ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

Katakan,  "ya Allah...  sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih  tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah,  jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.  Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."

Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir  daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang  takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan  terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah  apa yang kita tidak inginkan.

Kita ingin putih, hitam pula yang  menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika  itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah  kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan  'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan  yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...

Takdir daripada Allah mengandungi banyak  hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang  kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.

Ilmu semata-mata  tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian  hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita  tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak  sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan  aku telah berusaha?

Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka  kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam  ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)   dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di  dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya  jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah  di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik  yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat  lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada  yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya,  mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika  sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam  takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya  pendek.

Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman  belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata  yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah  sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang  ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu,  seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang  ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban  hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang  hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan.  Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan  berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa,  hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan  Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap  apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad  (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti  ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati  terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan  Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum  mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau  kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti.  Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran  yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada  Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat  hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal  pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih  kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah  kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang  ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan  bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah.  Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya  kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak,  keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan  lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas  daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung.  Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu  rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan.  Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah  dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.  Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar  Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak  ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan)  gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan  manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan  lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi  bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah  walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan  menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu  sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan  kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit  nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit,  miskin, gagal, dihina dan sebagainya?

Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan  kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan  kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai  keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya,  barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada  keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan  kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum  dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah  dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan  kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah  dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa  kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin  bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka  berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan  sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji,  terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada  takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu  bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang  rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan  hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja.  Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan  ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah  memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara  menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis  pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab)  tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab –  Tuhan).

Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah  untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubatmelapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak  tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang  telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas.  Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar.  Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

Source: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1324-jangan-sombong-dengan-takdir.html

Khamis, September 25, 2014

Shalawat dan Wasilah

Nabi s.a.w. Bersabda:
Perbanyaklah membaca shalawat untukku, karena sesungguhnya shalawat kalian kepadaku merupakan ampunan bagi dosa-dosa kalian. Dan mintakanlah untukku derajat dan wasilah, karena sesungguhnya wasilahku disisi Rabbku merupakan syafaat bagi kalian.
{HR. Ibnu Asakir melalui al-Hasan ibnu Ali r.a.}